Want to share this Foto on another web-site or blog?

Paste one of the following lines in to your site, blog or profile page..

Script:

HTML (for myspace, bebo etc):

BBCode (for message boards/forums):
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Sup Merah Chef Wan
Mail this Foto to a friend
Search BoardTracker for..
Sup Merah Chef Wan



Next >
[ View the Fotopage entry | View the complete Fotopage ]


Friday, 4-Jun-2010 11:19
Sup Merah Chef Wan
Assalamuaalaikum...harap semua sihat..
Cite kali ni..semperna majlis aqiqah dan berkhatan anak saudara kmal baru-baru ni..kmal dapat tulang lembu...dari adik ipar ada le dalam 5 kilo... adik ipar kmal call minta datang ambik..dan masak le apa2pun... balik rumah lepas ambik tulang ni dah tengahari... kmal terus kedapur...duk fikir nak buat sup ke ... rasanye dah selalu..tapi dalam hati dah lama teringin nak cuma buat sup merah menyala yg dari resepi chef wan... kawan2pun dah ramai yg dah buat...apa lagi mula la operasi dari tengahari ...sampai dah kul 6 lebih baru empuk segala tulang2 dan 2 ketuk gearbox.. sebelum maghrib minta anak pi beli roti perancis dan kmal sekeluarga dah rasmi dulu..sup ni dan selesai sebatang roti sekali hadap...sedap rupanye... lepas sembahyang kmal bawa seperiuk sup tu ke rumah adik kmal..kat sana dah ramai adik beradik berkumpul..semua heran tgk sup ni..ada yang tak berani nak makan..tapi sekali rasa..haaa. baru tahu....nikmatnye... habis seperiuk...puashati.

Ini le rupanye Sup Tulang merah menyala dari resepi chef wan...kebetulan kmal ada buku chef wan ..bawa je ke dapur dan ini lehasilnye..


Cicah dgn roti...memang tak ingat apa dah...


Untuk resepi kmal CP dari FP Meen...nak salin dari buku malas..

Sup Ekor Lembu Chef Wan (tukar Sup Daging)
Sumber; Blog Zaiy@Kenangan Terindah

Bahan-bahan:
125 ml / 1/2 cwn minyak sayuran - guna minyak masak biasa
500g ekor lembu, dibersihkan & dipotong2 (Tukar daging)
2 sb ketumbar tumbuk
1 sb jntan putih
1 sb jintan manis
1 1/2 sb puri tomato - letak 2 sb
1.5 l / 6 cwn air - air ditambah sbb tulang lambat empuk
1 btg karot - didadu
2 btg saderi - didadu-tak letak
1 biji kentang - didadu
garam, lada hitam yg baru dikisar
daun ketumbar - dihiris2-tak letak
bawang goreng

Rempah Tumis
4 bj buah pelaga
1 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
2 kuntum bunga lawang

Dikisar Halus2:
10 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 btg serai, dihiris2
1 cm halia

Cara:
1. Panaskan minyak, tumis ekor lembu hingga perang sedikit. Angkat & tuskan.
2. Dlm minyak yg sama, masukkan rempah tumis & bahan kisar dan goreng hingga naik bau.
3. Tambah ketumbar, jintan putih dan jintan manis. kacau di atas api kecil selama 3-4 min hingga wangi. Campur tomato puri.
4. Masukkan ekor lembu, tambah air dan renihkan.
5. Tambah karot, ubi kentang dan saderi. Renihkan hingga ekor lembu empuk. Perasakan dgn garam & lada hitam.
6. Hias dgn daun ketumbar & bawang goreng sejurus sblum menghidang.

Catatan: Utk jimat masa, masak sup ni dgn dlm masa 25min dgn periuk tekanan. Tetapi airnya hendaklah dikurangkan menjadi 1l @ 4 cwn shj.***rebus guna periuk biasa dkt 2 jam baru masak.

Sambil2 tu buat jugak air teh halia madu... lepas tgk dari blog Hana..



Bahan-bahan

* Air panas
* Teh
* Halia muda- ketuk@parut
* Madu

Cara-cara

* Bancuh air panas dan teh.
* Masukkan halia muda yang telah diketuk atau diparut.
* Jika halia parut,tapiskan dahulu ke dalam cawan atau titikkan saja jus halia.
* Masukkan madu, kacau dan minum.
* Elok utk membuang angin di dalam badan.

Ini XTVT kmal baru ni... pi pun dah hari last...dari lapan biji belon panas dah tinggal sebiji.



Ini tempahan yang kmal terima..dari Ina..nak surprise hubby sempena Anniversary ke 10.
Ina tempah sebiji Choc Banana Cak dgn Baby Blueberry Cheese Tart 50 biji.


Ini pulak tempahan dari ieda utnk dibawa ke Perak.

Kek Hantaran Fondan




Macam ni je yang dapat kmal buat..simple2 je...namapun kmal ni belum sempat ke kelas kek fondan..cuma belajar dari intenet je..


Untuk sebarang tempahan dan harga sile ke blog kmal
http://amalbizblog.blogspot.com/

© Pidgin Technologies Ltd. 2014.