Assalamualaikum... sekejab je dah 3 bulan... cuti 90 hari pun dah habis... 3hb baru ni kmal dah start keja... Mia pulak first time hantar pada pengasuh...Susah hati gak... bila mengenangkan kena tinggal Mia pada pengasuh.. tapi Alhamdulillah..setakat 2 hari ni Mia ok...dan pengasuh pun boleh handle bagi susu ibu pada Mia...
Kisah masuk ofis pulak.... meja kmal dah mcm tongkang pecah... fail sana sini... penat sungguh 2 hari ni duk mengemas balik..failling apa yg patut.. hai... letih sungguh.. katofis mata duk tatap jam..bila le nak pukul lima ni..tak sabar nak balik ambik Mia... hemmm..mcm tu le keadaan kmal dalam sehari dua ni. Harapan kmal... dipelihara kesihatan dan keselamatan Mia dalam jagaan pengasuh...Amin.
Ini gambar2 terbari Mia..
Selalu kalau keluar makan..tmp tidur Mia kena bawa... baru bebas nak makan..ini masa makan kat Pizza Hut.
Mengantuk..sangat dah tu..
Dengan Abang Aiman
Kmal tinggal kejab... tengok2 dah jadi mcm ni.. dah nak meniarap..